Skip to main content

AKPS perlukan 400 pegawai penyiasat, bantu keperluan penguatkuasaan

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memerlukan sekitar 400 pegawai penyiasat bagi menyokong keperluan operasi dan penguatkuasaannya di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, buat masa ini, pihaknya hanya mempunyai empat pegawai penyiasat yang kini berperanan menasihati dalam aspek undang-undang. Katanya, beliau memerlukan kepakaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aspek siasatan, operasi dan pendakwaan bagi meningkatkan kecekapan pegawai penyiasat agensi itu. Pada masa sama, kata beliau, skim perkhidmatan...

Continue reading

AKPS rampas 46kg bunga ros segar dari India tanpa permit

Sepang: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas bunga ros segar seberat 46 kilogram (kg) yang diimport tanpa permit dalam pemeriksaan di FCZ Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam. AKPS KLIA dalam kenyataan memaklumkan, rampasan dilakukan melalui Bahagian Pemeriksaan Barangan selepas mendapati produk tiada Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). "Rampasan melibatkan satu konsainan yang dibuat pada 1.00 tengah hari semalam dan hasil semakan mendapati ia bunga ros segar yang diimport...

Continue reading

img

AAKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025

KOTA BHARU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merekodkan lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk individu melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sepanjang tahun lepas. Timbalan Komander AKPS Rantau Panjang, Bakri Sulaiman berkata, daripada jumlah itu 853,553 orang direkodkan masuk ke negara ini manakala 931,659 orang keluar melalui pintu sempadan berkenaan. "Jumlah pergerakan yang tinggi ini mencerminkan peranan penting AKPS Rantau Panjang sebagai antara pintu masuk utama negara, khususnya bagi pergerakan rentas...

Continue reading

Rampasan RM82 juta bukti keupayaan AKPS tahun ini

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Nilai rampasan hampir RM82.1 juta sepanjang tahun 2025 berjaya direkodkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sekali gus membuktikan keupayaan awal agensi baharu itu dalam membanteras jenayah di pintu masuk negara, meskipun masih berdepan pelbagai cabaran struktur dan sumber manusia. Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejayaan rampasan tersebut dicapai dalam tempoh kurang setahun AKPS beroperasi secara rasmi, hasil penyelarasan operasi melibatkan enam...

Continue reading

Visi besar AKPS martabatkan kedaulatan negara - Shuhaily

Putrajaya: Kejayaan sebenar kawalan sempadan negara bukan diukur semata-mata menerusi kecanggihan teknologi, tetapi apabila pelawat asing timbul rasa gerun dan hormat terhadap undang-undang Malaysia sebaik sahaja menjejakkan kaki di pintu masuk. Itu visi jelas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mahu menterjemahkan makna 'kedaulatan negara' melalui disiplin dan ketegasan pegawai di barisan hadapan, setaraf dengan piawaian antarabangsa. "Bagi saya, kedaulatan itu timbul apabila orang ada rasa hormat di pintu masuk...

Continue reading

Wanita Thai cuba seludup kokain RM2 juta dalam anak patung ditahan di KLIA

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis kokain oleh seorang penumpang wanita warga Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. AKPS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, cubaan tersebut dikesan pukul 7.10 pagi di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1, ketika pemeriksaan rutin mesin pengimbas bagasi dilakukan terhadap penumpang penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul, Turkiye. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut bersama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja...

Continue reading

AKPS halang kemasukan 11 individu disyaki bukan pelancong tulen

BUKIT KAYU HITAM, 16 November - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pada Sabtu menolak kemasukan 11 warga asing ke negara ini selepas disyaki bukan pelancong tulen dan tidak mematuhi syarat kemasukan. Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir berkata, kesemua warga asing terbabit terdiri daripada seorang lelaki warga India, dua lelaki dan dua wanita warga Thailand serta lima lelaki dan seorang wanita warga China. Hasil semakan dan sesi soal siasat mendapati kesemua warga asing...

Continue reading