Peranan Ketua Pegawai Digital (CDO) di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) adalah untuk menerajui transformasi digital dengan memanfaatkan data dan teknologi terkini bagi membudayakan penggunaan data. CDO akan memfokuskan kepada penyampaian perkhidmatan digital yang cemerlang berteraskan pengalaman pengguna melalui perkongsian data dan inovasi. Tanggungjawab lain termasuk meluluskan keperluan teknikal dan bajet, menyelaraskan pelan strategik pendigitalan, memastikan tadbir urus digital yang kukuh, melaporkan kemajuan, menggalakkan perkongsian aplikasi ICT, meluluskan dasar keselamatan ICT, serta mengelakkan pertindihan projek demi kecekapan.