Ringkasan fungsi AKPS berdasarkan Seksyen 6 Akta AKPS 2024
1
Pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia
2
Pemeriksaan dan kawalan barang-barang yang dibawa ke dalam atau keluar dari kawasan yang ditetapkan
3
Pemeriksaan, kawalan dan kuarantin apa-apa tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia
4
Pemeriksaan dan kawalan apa-apa kenderaan yang di bawa ke dalam atau keluar dari Malaysia
5
Pemeriksaan dan kawalan makanan dan benda yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik dan benda lain yang berkaitan dengan kesihatan yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia
6
Pemeriksaan dan kawalan hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia
7
Pencegahan dan penyiasatan mana -mana kesalahan dan pengeluaran apa-apa dokumen berkaitan fungsi AKPS. Melaksana rondaan, mengumpul maklumat & risikan bagi kawalan dan perlindungan sempadan
8
Mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk